Wednesday, 27 April 2016

PERLU KE DETOX?

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Pada entry kali ni, saya nak bercerita tentang toksin. Tahu tak apakah yang dimaksudkan dengan toksin? 

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, toksin bermaksud bahan beracun yg dihasilkan oleh bakteria dlm organisma hidup atau mati yg boleh menyebabkan penyakit tertentu. Manakala toksik pula bermaksud bahan-bahan seperti asap dan bahan buangan kimia yg menyebabkan pencemaran alam serta boleh mendatangkan mudarat.

Dalam keadaan semulajadi, badan yang disokong dengan pola pemakanan yang betul, dalam kuantiti yang mencukupi, serta organ-organ detoksifikasi (kulit, usus, hati, buah pinggang dan paru-paru) berfungsi pada tahap yang optimum, bahan-bahan toksik yang berada dalam badan dapat dihapuskan dan di detox dengan selamat.

Malangnya...kita kini tidak lagi hidup dalam keadaan semulajadi..
Ha? Biar betul? Iye...macam mana nak hidup dalam keadaan semulajadi sedangkan udara yang kita hirup setiap hari mengandungi pencemaran seperti asap kenderaan, asap rokok dan sebagainya. Belum lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang disembur dengan racun perosak supaya sentiasa segar dan cantik...

Cuba bayangkan, agak-agaknya berapa kilo la toksin dan toksik yang telah lama berada dalam tubuh badan kita ni kan?


Kesian adik ni..Mesti x terjawab soalan berapa banyak toksin dan toksik dalam badan dia. Dia yang kecil lagi pun x tahu, kita yang dah bertahun-tahun hidup ni (alhamdulillah dipanjangkan usia) confirm la lagi banyak toksin & toksik dalam badan. Huhuhu...

Ha...sebab tu la pentingnya detoksifikasi a.k.a detox!!

Segala bentuk detox adalah bertujuan untuk meneutralkan toksin dan memulihkan keupayaan semulajadi badan kita untuk menghapuskan bahan buangan dan toksin. Detox boleh dianggap sebagai 'reset button' untuk tubuh badan kita. 

Pada masa kini, untuk menghapuskan semua toksin secara semulajadi adalah tidak realistik tetapi dengan memberikan sedikit bantuan kepada badan kita, keupayaan tubuh badan untuk menjalankan proses detox secara semulajadi dapat ditingkatkan.


PRODUK SHAKLEE UNTUK DETOX

Shaklee ada menawarkan produk untuk detox ; yang membantu membersihkan badan daripada bahan kimia toksik, menjaga kesihatan hati, membersihkan kolon, membina mikroflora usus dan banyak lagi.

  • Detox hati
Kenapa perlu detox hati? Ini adalah sebab hati merupakan organ terbesar dalam badan dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan metabolisme yang normal dan detoksifiksi badan secara semulajadi.



Produk Shaklee iaitu DTX Complex menyediakan sokongan untuk fungsi hati yang sihat. DTX Complex mempunyai campuran proprietari yang terdiri daripada enam ramuan botani dengan antioksidan dan sifat-sifat yang meningkatkan aliran cecair hempedu, yang bergabung untuk melindungi dan merangsang keupayaan semulajadi badan bagi mengekalkan sel-sel hati yang sihat.

DTX Complex mengandungi ekstrak semulajadi bahan dibawah:
1. Milk thistle seed
2. Schizandra chinensis seed (tanaman berasal dari China yang telah digunakan lebih 2000 tahun untuk meningkatkan jumlah enzim detox dalam hati).
3. Cendawan reishi (dikenali kerana sifat antioksidannya)
4. Dandelion
5. Kunyit
6. Artichoke (membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal)


  • Detox Usus dan Herblax
Tahukah anda, badan yang sihat mengandungi trilion2 mikroorganisma baik. Majoriti bakteria baik ini tinggal di dalam usus dan disebut sebagai mikroflora. Sekurang-kurangnya 400 jenis mikroorganisma yang dijumpai dalam saluran gastro-usus dan berjumlah kira-kira 3 lbs bakteria dalam usus kita sepanjang masa.
Tugas baktria baik ini ialah untuk mengawal penguasaan bakteria jahat. Bakteria baik haruslah berada dalam jumlah optimum untuk mengawal bakteria jahat.
Punca utama ketidakseimbangan bakteria
1.    Penggunaan antibiotik
2.    Umur
3.    Pemakanan Tidak Sihat
4.    Pengambilan Serat yang rendah
5.    Kontraseptif oral
6.    Ubat-ubatan seperti aspirin dan kortikosteroid
7.    Tekanan
8.    Pengambilan gula yang tinggi


Secara semulajadi, Herblax merangsang pengecutan usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dalam memendekkan masa transit dan mengelakkan penyerapan toksin. Herblax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus dan menormalkan fungsi usus.










  • Pencuci Darah dan Garlic Complex
Orang zaman dulu, contohnya orang Babilion pada 3000 SM dulu menggunakan manfaat bawang putih untuk pelbagai tujuan termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen anti biotik dan anti mikrob.
Kajian saintifik menunjukkan bahawa keupayaan bawang putih digunakan untuk mencuci darah dan meneutralkan hasil toksin logam berat dalam badan kita terutama merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih sangat baik dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.
Tapi awas, tak semua suplemen bawang putih sama. Ini disebabkan kaedah pemprosesan yang berbeza seperti serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dll mengurangkan atau menghapuskan kandungan alicin. Alicin merupakan komponen utama bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih. Jadi kalau alicin kurang, kuranglah khasiat suplemen bawang putih yang anda ambil.

    Garlic Complex pula diproses secara semulajadi di bawah suhu rendah bagi mengekalkan semua alicin. Ia juga dirumus untuk kawalan bau. Bawang putihkan boleh menyebabkan nafas berbau, tapi bila anda ambil Garlic Complex, tabletnya tidak pecah sehingga sampai ke dalam usus kecil. Selain itu, ia juga mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan. Jadi tidaklah berbau kalau anda ambil Garlic Complex.

  • Pencuci Keseluruhan Badan

Untuk mencuci keseluruhan badan, elok ambil Alfalfa Complex. Alfalfa bukan saja berperanan untuk tambah susu, tapi juga dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu dan membuang unsur mineral bahaya daripada tubuh. Ia juga membantu melindungi daripada radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Selain sebagai pembersih dan penyahtoksik, Alfalfa Complex juga mempunyai fungsi lain. Contohnya membantu pencernaan, anti radang, anti arthritis, dan anti bakteria. Ia juga membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (slip disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolestrol. Alfalfa Complex adalah yang terbaik, ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimia atau baja bukan organik justeru menjadikan Alfalfa Complex berkualiti tinggi.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Ingin mendapatkan produk ini?

Hubungi saya di 013-6169506 (WARDAH)

COD

N.SEMBILAN : Seremban 2, Bandar Sri Sendayan, Labu

SELANGOR : Bandar Baru Salak Tinggi & kawasan sekitarnya

POS seluruh Malaysia