Tuesday, 12 April 2016

ESP ( Soy Protein Isolate Powder )

PERBEZAAN SHAKLEE

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Pengasingan protein yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Sehingga kini, banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

ESP ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kuantiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. 

Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. ESP sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tidak kira golongan tua mahupun golongan muda. ESP mengandungi kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 dan ini menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap diabetes.

Khasiat dalam satu hidangan ESP Shaklee ini bersamaan dengan khasiat yang terdapat dalam 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.


MANFAAT UTAMA ESP

# Awet muda 
Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar dan lain-lain. Pengambilan asid amino yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

# Baik untuk hormon
Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones yang mana fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol dan mencegah risiko osteoporosis serta sakit jantung.

# Baik untuk prostat
Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas yang terdapat di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

# Meremajakan kulit
ESP merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, bertindak sebagai agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat penyembuhan luka, dan mengurangkan kesan parut.

# Pembekal tenaga segera
ESP merupakan pembekal tenaga dengan segera selain meningkatkan sistem imun. Ini bermakna ESP merupakan pilihan terbaik untuk kekal bertenaga serta mampu mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.

# Membaiki pigmentasi
ESP membantu membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan penuaan pada kulit.

# Membaiki memori / daya ingatan
ESP berupaya meningkatkan kualiti memori / daya ingatan, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.


FAKTA NUTRISI ESP

Apa itu protein?


Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama dalam hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. 

Setiap organ manusia memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, pertumbuhan terbantut, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ dan kematian.



Apa itu Asid Amino?

Protein terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu. ESP Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut.

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

SUMBER: Buku Panduan Nutrisi


PANDUAN PEMILIHAN SUPPLEMEN BERASASKAN PROTEIN SOYA

# Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh dan membesar secara organik
Kenapa kacang soya mesti ditanam secara organik? Sebab kajian menunjukkan bahawa penanaman secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. Dan dari segi kajian sudah terbukti ada hubungkait antara kanser dan nitrat yang terdapat dalam baja kimia tersebut. Jadi amatlah penting baja kimia tidak digunakan di sepanjang proses pembesaran kacang soya ini.


# Kacang soya itu mestilah non-GMO (non-Genetically Modified Organism iaitu tak dihasilkan secara genetik)
Kenapa kacang soya mestilah non-genetic engineered? Sebab secara umumnya, kos penghasilan kacang soya dari jenis genetik ni adalah murah. Begitu juga halnya dengan kos penghasilan vitamin sintetik yang menggunakan kos lebih murah berbanding vitamin semulajadi. Kebanyakan syarikat produk kesihatan akan mencari cara untuk menjimatkan kos, dan akan menggunakan kacang soya yg dihasilkan secara genetik sebagai sumber produk mereka. Dr. Louis J. Pribyl, seorang saintis Brazil menyatakan dalam kajiannya, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan di dalam sel tumbuhan.


# Protein Soya itu mesti mengandungi 9 asid amino perlu
Ini ciri yang amat penting. Badan memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, dan enzim. Jika kekurangan salah satu daripada asid amino, boleh menyebabkan penurunan keupayaan sistem imun sehingga 30% dan banyak fungsi-fungsi utama tubuh terjejas.


# Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dengan air, bukan dengan alkohol
Sekiranya soyflakes dibersihkan menggunakan alkohol, ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone, sehingga 88%!! Sedangkan isoflavone itu diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru dan lain-lain. Isoflavone juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan jisim tulang.


# Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan
Soya yang mentah mengandungi sebatian "anti-growth" & "anti-tyrosine". Para pengguna perlu mencari pengeluar produk berasaskan soya yang mempunyai mekanisme penyingkiran bahan-bahan "anti-growth" & "anti-tyrosine" yang mampu mengekalkan kepekatan asid amino dan isoflavones pada tahap tertinggi dan dalam masa yang sama sebatian "anti-growth" & "anti-tyrosine" dapat disingkirkan. 


# Proses pembuatan protein soya sebaiknya tanpa pemanasan
Asid amino sangat sensitif dengan suhu yang panas. Dalam beberapa kajian, kandungan asid amino tertentu di dalam protein yang telah dimasak akan musnah sehingga 50% daripada kandungan asalnya. Sekiranya pengguna berterus-terusan mengambil protein yang mengandungi kadar asid amino rendah dalam diet hariannya mereka, kesan kekurangan tersebut dapat dilihat dari segi ketidakseimbangan perkembangan fungsi otak, hormon dan tisu-tisu badan. 


# Soy isolate itu mesti ditambah dengan unsur kalsium
Kajian/artikel melaporkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Oleh itu, unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam protein soya bagi meneutralkan kembali serbuk soya tersebut. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protein tidak menambah kalsium secukupnya ke dalam produk berasaskan soya mereka.



KHASIAT DAN KELEBIHAN ESP

1. Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri.
2. Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
3. Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih. 
4. Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
5. Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurangan berat badan.
6. Menyokong kesihatan imunisasi badan.
7. Mengawal paras kolesterol.
8. Menyokong kesihatan jantung dan prostat. 
9. Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Ingin mendapatkan produk ini?

Hubungi saya di 013-6169506 (WARDAH)

COD

N.SEMBILAN : Seremban 2, Bandar Sri Sendayan, Labu

SELANGOR : Bandar Baru Salak Tinggi & kawasan sekitarnya

POS seluruh Malaysia