
Eeee....Ngerinya tengok gambar atas ni kan. Macam ni rupanya tonsil bengkak. Tengok gambar sahaja dah ngeri, apatah lagi orang yang mengidapnya. Mesti lagi rasa sakit. Terus terang saya katakan, sebelum ni saya x tau sangat pasal tonsil ni. Ingatkan sakit tekak yang biasa2 je. Tapi sejak kahwin & encik asben kerap kena tonsil bengkak, so saya guna la khidmat pakcik gugel utk dapatkan beberapa info tentang tonsil bengkak ni.
Ni antara info yang saya dapat. Happy reading semua.
Apa itu Tonsil.
Tonsil terbentuk daripada lymph tissue, iaitu sebahagian daripada sistem pertahanan tubuh. Fungsi tonsil ialah merangsang sistem immuniti tubuh badan supaya menghasilkan antibodi apabila badan diserang jangkitan.
Tonsil boleh meradang (inflammation) apabila terkena jangkitan, sama ada dari virus mahupun bakteria. Keadaan keradangan tonsil ni dipanggil sebagai tonsillitis.
Tosillitis boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Tetapi tonsillitis jarang menyerang kanak-kanak berusia kurang daripada dua tahun.
Tonsillitis boleh dibahagikan kepada 3 jenis, bergantung kepada bila dan berapa lama ia berlaku:
Acute Tonsillitis - tonsilitis yang baru berlaku.
Chronic Tonsillitis - tonsillitis yang telah lama berlaku
Recurrent Tonsillitis - tonsillitis yang berulang ulang
Simptom Acute Tonsillitis
- Sakit tekak
- Susah menelan
- Demam
- Kelenjar di leher mungkin membengkak dan sakit
- Letih / lesu
- Simptom halangan pernafasan (eg; berdengkur, atau tiba tiba tersedar tak boleh bernafas masa tidur, sleep apnoea).
- Bagi kanak kanak, kadangkala simptom utamanya ialah mereka enggan makan, sebab tekak mereka sakit!
NOTA : acute tonsillitis berlangsung selama 3-5 hari...dan paling maximum boleh menjangkau 2 minggu.
Apa itu Recurrent Tonsillitis?
Seseorang itu dikatakan mengalami Recurrent Tonsillitis apabila dia mengalami acute tonsillitis 7 kali dalam setahun, atau 5 kali setahun dalam tempoh 2 tahun berturut-turut, atau 3 kali setahun dalam tempoh 3 tahun berturut-turut. Adalah amat penting kepada mereka2 yang kerap dijangkiti tonsillitis untuk mengira kekerapan jangkitan kerana pengiraan ini boleh dijadikan justifikasi sama ada kes perlu dirujuk untuk pembedahan membuang tonsil ataupun tidak.
Chronic Tonsillitis
Chronic Tonsillitis terjadi apabila seseorang itu mengalami simptom sakit tekak yang berpanjangan, lebih dari dua minggu, sakit menelan dan mungkin juga bengkak kelenjar di leher yang berterusan.
Kaedah Rawatan Tonsillitis
Acute tonsillitis ini boleh jadi kerana jangkitan virus, atau bakteria. Lazimnya, jika masalah ini berlaku adalah berkaitan masalah tonsil membengkak dan selalunya dipanggil tonsilitis kerana disebabkan jangkitan kuman.
Menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung, Tekak dan Surgeri Kepala dan Leher, Kelana Jaya Medical Centre, Dr. Samril Bokari, tonsilitis di kalangan kanak-kanak boleh membahayakan nyawa. Ini kerana, apabila tonsillitis mencapai tahap kritikal, masalah itu boleh mengganggu sistem pernafasan selain membawa jangkitan ke organ dalaman lain seperti jantung dan buah pinggang. Jelasnya lagi, pada dasarnya, tonsil akan membengkak akibat daripada jangkitan virus ataupun bakteria. Sekiranya tonsillitis yang disebabkan oleh jangkitan virus, tonsilitis boleh pulih sendiri kerana pesakit hanya akan mengalami bersin, hidung tersumbat, selesema dan juga batuk. Secara amnya, tonsil membengkak boleh pulih dengan sendiri namun pengambilan antibiotik membantu mempercepatkan proses pemulihan.
Katanya, sekiranya masalah tonsil membengkak berulang empat atau lima kali setahun, pesakit dinasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang tonsil. Situasi ini perlu sekiranya keadaan menjadi lebih kronik kerana ia menghalang sistem pernafasan selain tonsil tersebut akan bernanah. Bagi yang mengganggu sistem pernafasan, ini dapat dilihat apabila pesakit akan berdengkur sewaktu tidur selain mulutnya berbau.
Apabila ditanya mengenai pandangan ramai yang mengatakan pembuangan organ terbabit akan menjejaskan sistem pertahanan tubuh, katanya, ia sebenarnya adalah satu kepercayaan yang salah. Yang pasti, pembuangan tonsil tidak akan menjejaskan mana-mana bahagian malah pesakit akan lebih sihat selepas pembedahan dilakukan.
Kaedah rawatan Tonsillitis dengan Shaklee
Tonsilitis adalah disebabkan jangkitan kuman. Jika anda ke klinik kerana demam atau sakit tekak, doktor akan melihat ke dalam mulut untuk melihat samada tonsil membengkak. Doktor akan memberikan antibiotik kepada anda untuk masalah ini. Ia bertindak memusnahkan kesemua virus di dalam tubuh termasuk juga kuman yang baik. Jika diamalkan, lama kelamaan kuman jahat di dalam tubuh akan menjadi imun dengan antibiotik biasa maka anda memerlukan antibiotik yang lebih kuat apabila dijangkiti lagi kelak.
Biasa dengar kan? Mencegah, lebih baik dari mengubati. Jika anda inginkan sesuatu yang bersifat semulajadi, selamat dan tiada kesan sampingan, Nutriferon adalah jawapannya.

Nutriferon merupakan hasil kajian immunilogist Jepun, Dr. Yasuhiko Kojima selama 40 tahun ke atas lebih 200 herba yang membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Ianya menggunakan herba semulajadi. Ini bermakna bahawa Nutriferon selamat dan tidak mengundang bahaya atau risiko.
Memandangkan tonsilitis disebabkan jangkitan kuman, maka Nutriferon adalah pilihan terbaik untuk sistem pertahanan badan / imunisasi.

Selain Nutriferon, Garlic Complex turut sesuai dalam rawatan tonsillitis. Garlic Complex yang unik mengekalkan komponen semulajadi bawang putih segar termasuk pembentukan alisin dengan mengabungkan bawang putih, spearmint dan rosemary.
Garlic Complex dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA sewaktu musim panas. Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary and Spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.
Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia
- Mengurangkan pemendapan artesklerosis dan lemak
- Menormalkan keseimbangan lipoprotein
- Menurunkan tekanan darah
- Mempunyai anti-darah beku dan anti-radang
- Berfungsi sebagai anti-oksidan
- Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
- Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
- Bantu rawat asthma
Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh
- Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
- Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida
- Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
- Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
- Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
- Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
- Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
- Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengandungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
- Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki.
- Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus).
- Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah.
- Mampu melawan bakteria dan semua jenis jangkitan pada:
~ Perut memulas (stomach upset)
~ Cirit-birit (Diarrhea)
~ Bronkitis
~ Luka-luka (infected wounds)
~ Jangkitan yang berulang-ulang