Sumber : wikipedia ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_anemia )
Pengertian Anemia
Anemia adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Greek yang membawa pengertian 'tiada darah' (merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan/atau hemoglobin). Anemia akan mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu dan mengakibatkan hipoksia. Oleh kerana semua sel hidup dalam tubuh manusia memerlukan oksigen untuk hidup, tingkatan-tingkatan anemia yang berbeza-beza menimbulkan pelbagai masalah. Hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang cukup bagi semua tisu dan organ badan.
Tiga Kelas Anemia Yang Utama
Tiga kelas anemia yang utama adalah :
- Kehilangan darah akut (mendadak) yang keterlaluan seperti dalam kes pendarahan akibat kemalangan, atau kronik (melalui kehilangan darah isipadu rendah dalam jangka masa yang lama)
- Pemusnahan sel darah yang keterlaluan (hemolisis)
- Pengeluaran/penghasilan sel darah merah yang kurang (hematopoiesis yang tidak berkesan)
Bagi wanita-wanita yang datang haid, kekurangan ferum dalam diet merupakan satu sebab yang umum untuk kekurangan pengeluaran sel darah merah.
Anemia boleh digolongkan melalui pelbagai cara, berdasarkan kepada morfologi atau bentuk sel darah merah, mekanisme etiologi, dan simptom klinikal yang boleh dikesan.
Dua pendekatan utama yang sering digunakan untuk mengelaskan anemia adalah pendekatan kinetik yang melibatkan penilaian pengeluaran, pemusnahan dan kehilangan sel darah merah. Pendekatan morfologi pula mengelaskan anemia mengikut saiz sel darah merah. Pendekatan morfologi menggunakan satu ujian makmal yang murah dan mudah didapati (min isipadu korpuskel, MCV) sebagai titik permulaan.
Simpton dan Tanda
Anemia sukar dikesan bagi kebanyakan orang dan simptomnya agak kabur. Biasanya, pengidap anemia akan berasa tidak bermaya, lemah dan letih. Terdapat juga tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan bahagian dalam kelopak mata. Penghidap akan berasa pendek nafas apabila melakukan senaman serta mudah pitam & pening kerana kekurangan bekalan oksigen ke otak. Angina pektoris iaitu keadaan apabila berlaku kesakitan di dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi. Dalam kes yang agak teruk, penghidap akan mengadu sesak nafas. Anemia yang teruk memerlukan tindakbalas pengimbal di mana output jantung meningkat dengan jelas yang membawa kepada degupan laju (palpilation) dan berpeluh. Kegagalan jantung boleh terjadi sekiranya gejala tersebut dialami oleh orang yang sudah berumur. Selain itu, Penghidap juga boleh mengalami keadaan kurang selera makan, kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan, dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12. Penyakit demam kuning (jaundis) boleh terjadi bagi kes anemia hemolitik.
Diagnosis Pembezaan
Anemia dikelaskan menurut saiz sel darah merah, sama ada dilakukan secara automatik atau melalui pemeriksaan mikroskop ke atas lumuran darah periferi (peripheral blood smear). Saiz ini digambarkan dalam min isipadu korpuskel. Sekiranya sel adalah lebih kecil berbanding normal (kurang daripada 80 fl), anemia dikelaskan sebagai mikrositik (microcytic). Sekiranya ia bersaiz normal ( 80 - 100 fl) ia dikenali sebagai normositik (normocytic), dan sekiranya bersaiz lebih besar daripada normal (lebih 100 fl), ia dikelaskan sebagai sebagai makrositik (macrocytic). Ciri-ciri lain yang boleh dilihat pada lumuran periferi mungkin memberi petunjuk untuk diagnosis yang lebih khusus. Contohnya sel darah putih luarbiasa mungkin menunjukkan punca dalam sum-sum tulang.
Anemia Mikrositik
Kekurangan zat besi merupakan sebab paling kerap untuk anemia jenis ini berlaku. Namun, anemia mikrositik boleh juga berlaku disebabkan oleh penyakit-penyakit darah (hemoglobinopathies) lain seperti anemia sel sabit dan talasemia.
Anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi (ferum) berlaku apabila pengambilan zat besi dalam diet tidak mencukupi atau penyerapannya tidak berlaku dengan sempurna. Zat besi merupakan elemen penting dalam hemoglobin. Hemoglobin adalah sejenis pigmen yang terkandung dalam sel darah merah. Pigmen ini berfungsi sebagai medium untuk oksigen berpaut (oxigen-binding site). Apabila kandungan zat besi rendah, kadar hemoglobin dalam sel darah merah juga rendah. Selain itu, kekurangan zat besi juga boleh terjadi disebabkan oleh pendarahan dalaman, terutama saluran alimentari (mulut, esofagus, perut, duodenum, jejunum, ileum, usus besar @ kolon, rektum dan dubur).
Anemia Normositik
Anemia normositik selalunya disebabkan oleh kehilangan darah yang banyak dalam masa yang singkat, seperti yang dialami oleh orang yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya atau orang yang mengelar pergelangan tangan dalam cubaan membunuh diri. Penyakit yang kronik selalu menyebabkan tubuh gagal menghasilkan sel darah merah yang cukup (berbeza dengan enemia mikrositik yang disebabkan oleh kekurangan hemoglobin, bukan sel darah merah). Contohnya, kegagalan ginjal yang kronik boleh menyebabkan pengurangan kadar rembesan eritropoietin, hormon penting dalam pembinaan sel darah merah. Kerosakan pada hati juga menyebabkan perkara sama terjadi.
Anemia jenis ini juga berlaku kepada pesakit yang mempunyai masalah keseimbangan hormon (hormonal imbalance), terutama kekurangan testosteron atau hipogonadisme. Anemia sideroblastik (sideroblastic anemia) juga termasuk dalam kategori ini. Anemia sideroblastik adalah salah satu simptom untuk sindrom myelodisplastik (myelodysplastic syndrome). Sindrom ini merupakan satu kumpulan masalah yang berpunca dari sintesis sel darah merah yang tidak normal dan selalunya akan menjadi leukemia.
Anemia aplasia, atau kegagalan sum-sum tulang merupakan anemia yang disebabkan oleh kegagalan sum-sum tulang untuk menghasilkan sel darah. Anemia aplasia jarang berlaku jika dibandingkan dengan anemia yang disebabkan oleh kecacatan genetik atau gizi tidak seimbang. Walaupun begitu, anemia aplasia mampu menjadi serius dengan pantas.
Anemia Makrositik
Punca utama anemia makrositik adalah kekurangan sama ada vitamin B12 atau asid folic (atau kedua-duanya) akibat kekurangan pengambilan atau masalah penyerapan. Anemia pernisius (pernicious anemia) adalah keadaan autoimun (autoimune) di mana tubuh kekurangan faktor intrisik yang diperlukan bagi menyerap vitamin B12 daripada makanan. Ketagihan alkohol boleh menyebabkan anemia makrositik.
Rawatan bagi anemia
Terdapat pelbagai jenis rawatan bagi anemia dan jenis rawatan bergantung kepada tahap keseriusan dan juga punca anemia.
Kekurangan zat besi akibat kekurangan makanan amat jarang berlaku pada dewasa tidak berhaid ( lelaki dan wanita putus haid). Diagnosis kekurangan zat besi menyatakan pencarian bagi potensi punca kehilangan sebegitu seperti pendarahan perut (gastrointestinal) akibat ulser atau barah kolon.
Anemia kekurangan zat besi ringan hingga sederhana dirawat dengan penambahan zat besi menggunakan ferrous sulfat atau ferrous gluconate. Vitamin tambahan diberikan secara oral (asid folik) atau suntikan (vitamin B12) akan menggantikan kekurangan khusus.
Bagi penyakit anemia kronik atau dengan kehilangan darah berterusan, pemindahan darah mungkin diperlukan.
Bagaimana SHAKLEE dapat membantu merawat anemia?
Set Anemia / Kurang Darah dari Shaklee terdiri daripada Vita-Lea, B-Complex dan Vita-C.
Diagnosis
Cara terbaik untuk mengesan anemia adalah menerusi ujian darah. Lazimnya, kiraan darah lengkap boleh dilaksanakan. Selain daripada melaporkan jumlah sel darah merah dan tahap hemoglobin, penganalisis automatik juga boleh mengukur saiz sel darah merah. iaitu satu alat penting untuk membezakan sebab-sebabnya.
Kadangkala, ujian lain diperlukan untuk membezakan sebab-sebab anemia (ujian pembezaan). Para doktor juga mungkin perlu membuat ujian darah penyaringan yang lain bagi menentukan sebab keletihan, tahap glukosa, kadar mendapan eritrosit, feritin, ujian fungsi renal serta elektrolit mungkin menjadi sebahagian daripada kajian diagnosis insentif.
Diagnosis Pembezaan
Anemia dikelaskan menurut saiz sel darah merah, sama ada dilakukan secara automatik atau melalui pemeriksaan mikroskop ke atas lumuran darah periferi (peripheral blood smear). Saiz ini digambarkan dalam min isipadu korpuskel. Sekiranya sel adalah lebih kecil berbanding normal (kurang daripada 80 fl), anemia dikelaskan sebagai mikrositik (microcytic). Sekiranya ia bersaiz normal ( 80 - 100 fl) ia dikenali sebagai normositik (normocytic), dan sekiranya bersaiz lebih besar daripada normal (lebih 100 fl), ia dikelaskan sebagai sebagai makrositik (macrocytic). Ciri-ciri lain yang boleh dilihat pada lumuran periferi mungkin memberi petunjuk untuk diagnosis yang lebih khusus. Contohnya sel darah putih luarbiasa mungkin menunjukkan punca dalam sum-sum tulang.
Anemia Mikrositik
Kekurangan zat besi merupakan sebab paling kerap untuk anemia jenis ini berlaku. Namun, anemia mikrositik boleh juga berlaku disebabkan oleh penyakit-penyakit darah (hemoglobinopathies) lain seperti anemia sel sabit dan talasemia.
Anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi (ferum) berlaku apabila pengambilan zat besi dalam diet tidak mencukupi atau penyerapannya tidak berlaku dengan sempurna. Zat besi merupakan elemen penting dalam hemoglobin. Hemoglobin adalah sejenis pigmen yang terkandung dalam sel darah merah. Pigmen ini berfungsi sebagai medium untuk oksigen berpaut (oxigen-binding site). Apabila kandungan zat besi rendah, kadar hemoglobin dalam sel darah merah juga rendah. Selain itu, kekurangan zat besi juga boleh terjadi disebabkan oleh pendarahan dalaman, terutama saluran alimentari (mulut, esofagus, perut, duodenum, jejunum, ileum, usus besar @ kolon, rektum dan dubur).
Anemia Normositik
Anemia normositik selalunya disebabkan oleh kehilangan darah yang banyak dalam masa yang singkat, seperti yang dialami oleh orang yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya atau orang yang mengelar pergelangan tangan dalam cubaan membunuh diri. Penyakit yang kronik selalu menyebabkan tubuh gagal menghasilkan sel darah merah yang cukup (berbeza dengan enemia mikrositik yang disebabkan oleh kekurangan hemoglobin, bukan sel darah merah). Contohnya, kegagalan ginjal yang kronik boleh menyebabkan pengurangan kadar rembesan eritropoietin, hormon penting dalam pembinaan sel darah merah. Kerosakan pada hati juga menyebabkan perkara sama terjadi.
Anemia jenis ini juga berlaku kepada pesakit yang mempunyai masalah keseimbangan hormon (hormonal imbalance), terutama kekurangan testosteron atau hipogonadisme. Anemia sideroblastik (sideroblastic anemia) juga termasuk dalam kategori ini. Anemia sideroblastik adalah salah satu simptom untuk sindrom myelodisplastik (myelodysplastic syndrome). Sindrom ini merupakan satu kumpulan masalah yang berpunca dari sintesis sel darah merah yang tidak normal dan selalunya akan menjadi leukemia.
Anemia aplasia, atau kegagalan sum-sum tulang merupakan anemia yang disebabkan oleh kegagalan sum-sum tulang untuk menghasilkan sel darah. Anemia aplasia jarang berlaku jika dibandingkan dengan anemia yang disebabkan oleh kecacatan genetik atau gizi tidak seimbang. Walaupun begitu, anemia aplasia mampu menjadi serius dengan pantas.
Anemia Makrositik
Punca utama anemia makrositik adalah kekurangan sama ada vitamin B12 atau asid folic (atau kedua-duanya) akibat kekurangan pengambilan atau masalah penyerapan. Anemia pernisius (pernicious anemia) adalah keadaan autoimun (autoimune) di mana tubuh kekurangan faktor intrisik yang diperlukan bagi menyerap vitamin B12 daripada makanan. Ketagihan alkohol boleh menyebabkan anemia makrositik.
Rawatan bagi anemia
Terdapat pelbagai jenis rawatan bagi anemia dan jenis rawatan bergantung kepada tahap keseriusan dan juga punca anemia.
Kekurangan zat besi akibat kekurangan makanan amat jarang berlaku pada dewasa tidak berhaid ( lelaki dan wanita putus haid). Diagnosis kekurangan zat besi menyatakan pencarian bagi potensi punca kehilangan sebegitu seperti pendarahan perut (gastrointestinal) akibat ulser atau barah kolon.
Anemia kekurangan zat besi ringan hingga sederhana dirawat dengan penambahan zat besi menggunakan ferrous sulfat atau ferrous gluconate. Vitamin tambahan diberikan secara oral (asid folik) atau suntikan (vitamin B12) akan menggantikan kekurangan khusus.
Bagi penyakit anemia kronik atau dengan kehilangan darah berterusan, pemindahan darah mungkin diperlukan.
Bagaimana SHAKLEE dapat membantu merawat anemia?
Set Anemia / Kurang Darah dari Shaklee terdiri daripada Vita-Lea, B-Complex dan Vita-C.
Kebaikan :
Vita-Lea
Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan
menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.
B-Complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.
Vita-C
Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.