Wednesday, 27 April 2016

PERLU KE DETOX?

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Pada entry kali ni, saya nak bercerita tentang toksin. Tahu tak apakah yang dimaksudkan dengan toksin? 

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, toksin bermaksud bahan beracun yg dihasilkan oleh bakteria dlm organisma hidup atau mati yg boleh menyebabkan penyakit tertentu. Manakala toksik pula bermaksud bahan-bahan seperti asap dan bahan buangan kimia yg menyebabkan pencemaran alam serta boleh mendatangkan mudarat.

Dalam keadaan semulajadi, badan yang disokong dengan pola pemakanan yang betul, dalam kuantiti yang mencukupi, serta organ-organ detoksifikasi (kulit, usus, hati, buah pinggang dan paru-paru) berfungsi pada tahap yang optimum, bahan-bahan toksik yang berada dalam badan dapat dihapuskan dan di detox dengan selamat.

Malangnya...kita kini tidak lagi hidup dalam keadaan semulajadi..
Ha? Biar betul? Iye...macam mana nak hidup dalam keadaan semulajadi sedangkan udara yang kita hirup setiap hari mengandungi pencemaran seperti asap kenderaan, asap rokok dan sebagainya. Belum lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang disembur dengan racun perosak supaya sentiasa segar dan cantik...

Cuba bayangkan, agak-agaknya berapa kilo la toksin dan toksik yang telah lama berada dalam tubuh badan kita ni kan?


Kesian adik ni..Mesti x terjawab soalan berapa banyak toksin dan toksik dalam badan dia. Dia yang kecil lagi pun x tahu, kita yang dah bertahun-tahun hidup ni (alhamdulillah dipanjangkan usia) confirm la lagi banyak toksin & toksik dalam badan. Huhuhu...

Ha...sebab tu la pentingnya detoksifikasi a.k.a detox!!

Segala bentuk detox adalah bertujuan untuk meneutralkan toksin dan memulihkan keupayaan semulajadi badan kita untuk menghapuskan bahan buangan dan toksin. Detox boleh dianggap sebagai 'reset button' untuk tubuh badan kita. 

Pada masa kini, untuk menghapuskan semua toksin secara semulajadi adalah tidak realistik tetapi dengan memberikan sedikit bantuan kepada badan kita, keupayaan tubuh badan untuk menjalankan proses detox secara semulajadi dapat ditingkatkan.


PRODUK SHAKLEE UNTUK DETOX

Shaklee ada menawarkan produk untuk detox ; yang membantu membersihkan badan daripada bahan kimia toksik, menjaga kesihatan hati, membersihkan kolon, membina mikroflora usus dan banyak lagi.

  • Detox hati
Kenapa perlu detox hati? Ini adalah sebab hati merupakan organ terbesar dalam badan dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan metabolisme yang normal dan detoksifiksi badan secara semulajadi.



Produk Shaklee iaitu DTX Complex menyediakan sokongan untuk fungsi hati yang sihat. DTX Complex mempunyai campuran proprietari yang terdiri daripada enam ramuan botani dengan antioksidan dan sifat-sifat yang meningkatkan aliran cecair hempedu, yang bergabung untuk melindungi dan merangsang keupayaan semulajadi badan bagi mengekalkan sel-sel hati yang sihat.

DTX Complex mengandungi ekstrak semulajadi bahan dibawah:
1. Milk thistle seed
2. Schizandra chinensis seed (tanaman berasal dari China yang telah digunakan lebih 2000 tahun untuk meningkatkan jumlah enzim detox dalam hati).
3. Cendawan reishi (dikenali kerana sifat antioksidannya)
4. Dandelion
5. Kunyit
6. Artichoke (membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal)


  • Detox Usus dan Herblax
Tahukah anda, badan yang sihat mengandungi trilion2 mikroorganisma baik. Majoriti bakteria baik ini tinggal di dalam usus dan disebut sebagai mikroflora. Sekurang-kurangnya 400 jenis mikroorganisma yang dijumpai dalam saluran gastro-usus dan berjumlah kira-kira 3 lbs bakteria dalam usus kita sepanjang masa.
Tugas baktria baik ini ialah untuk mengawal penguasaan bakteria jahat. Bakteria baik haruslah berada dalam jumlah optimum untuk mengawal bakteria jahat.
Punca utama ketidakseimbangan bakteria
1.    Penggunaan antibiotik
2.    Umur
3.    Pemakanan Tidak Sihat
4.    Pengambilan Serat yang rendah
5.    Kontraseptif oral
6.    Ubat-ubatan seperti aspirin dan kortikosteroid
7.    Tekanan
8.    Pengambilan gula yang tinggi


Secara semulajadi, Herblax merangsang pengecutan usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dalam memendekkan masa transit dan mengelakkan penyerapan toksin. Herblax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus dan menormalkan fungsi usus.










  • Pencuci Darah dan Garlic Complex
Orang zaman dulu, contohnya orang Babilion pada 3000 SM dulu menggunakan manfaat bawang putih untuk pelbagai tujuan termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen anti biotik dan anti mikrob.
Kajian saintifik menunjukkan bahawa keupayaan bawang putih digunakan untuk mencuci darah dan meneutralkan hasil toksin logam berat dalam badan kita terutama merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih sangat baik dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.
Tapi awas, tak semua suplemen bawang putih sama. Ini disebabkan kaedah pemprosesan yang berbeza seperti serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dll mengurangkan atau menghapuskan kandungan alicin. Alicin merupakan komponen utama bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih. Jadi kalau alicin kurang, kuranglah khasiat suplemen bawang putih yang anda ambil.

    Garlic Complex pula diproses secara semulajadi di bawah suhu rendah bagi mengekalkan semua alicin. Ia juga dirumus untuk kawalan bau. Bawang putihkan boleh menyebabkan nafas berbau, tapi bila anda ambil Garlic Complex, tabletnya tidak pecah sehingga sampai ke dalam usus kecil. Selain itu, ia juga mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan. Jadi tidaklah berbau kalau anda ambil Garlic Complex.

  • Pencuci Keseluruhan Badan

Untuk mencuci keseluruhan badan, elok ambil Alfalfa Complex. Alfalfa bukan saja berperanan untuk tambah susu, tapi juga dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu dan membuang unsur mineral bahaya daripada tubuh. Ia juga membantu melindungi daripada radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Selain sebagai pembersih dan penyahtoksik, Alfalfa Complex juga mempunyai fungsi lain. Contohnya membantu pencernaan, anti radang, anti arthritis, dan anti bakteria. Ia juga membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (slip disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolestrol. Alfalfa Complex adalah yang terbaik, ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimia atau baja bukan organik justeru menjadikan Alfalfa Complex berkualiti tinggi.




Friday, 15 April 2016

KULIT KEMBALI LICIN SELEPAS MENGAMALKAN SET CANTIK SHAKLEE

Kulit semakin cerah & tona kulit sekata selepas mengamalkan ESP dan Vita-C

Klik di sini untuk maklumat lanjut set-set kecantikan shaklee yang lain :



SUSU BADAN BERTAMBAH BANYAK, PEKAT DENGAN SET PENYUSUAN SHAKLEE

Testimoni kali ni saya nak share mengenai pakej yang terpaksa diterima oleh Puan Nurliyana selepas beliau mengamalkan Set Penyusuan Shaklee. 
Pakej apa tu???
.
.
.
1. BADAN CERGAS
2. SUSU BANYAK A.K.A MERIAH
3. BABY SIHAT
4. KULIT MUKA FLAWLESS
.
.
.
Ha...Tu dia. Untung betul Puan Nurliyana ni. Sape nak untung mcm beliau. Cepat2 la hubungi saya. (^_^)





HAMIL SELEPAS KONSISTEN MENGAMALKAN SET KESUBURAN SHAKLEE

Sebelum disahkan mengandung, Pn Nurul Ain Najwa mengalami masalah period tak teratur. Hm...bila period x teratur memang agak sukar mengandung kan? Bagi mengatasi masalah ini, Puan Nurul mengamalkan GLA Complex, Alfalfa dan ESP. 

Alhamdulillah...selepas 3 bulan konsisten mengamalkan set kesuburan ni, beliau mendapat khabar berita kehadiran insan comel dalam rahimnya.  




BACAAN HB MENINGKAT SELEPAS MENGAMALKAN VITALEA...SYUKUR ALHAMDULILLAH


Syukur Alhamdulillah...Masalah HB rendah Puan Siti Aishah berjaya diatasi dengan mengamalkan Vitalea. Nurse siap korek2 rahsia lagi. Hehehehe...


BERHENTI MEROKOK DENGAN VIVIX


Bermula dengan sebotol Vivix, En. Nasiruddin berjaya 'meNYAHkan' rokok yang telah menjadi sahabat sejati beliau lebih daripada 30 tahun. 

Selain Vivix, beliau turut mengambil Vitalea dan Vita-C sebagai supplemen harian.



Wednesday, 13 April 2016

JERAWAT HILANG DENGAN SET CANTIK SHAKLEE


Pn. Lisa Laing menggunakan :

  • ESP
  • Vita-C
  • Alfalfa
  • GLA Complex
  • Vita-E 
  • Pencuci muka Enfuselle

SENARAI 120 PRODUK KOSMETIK BERACUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya nak share info berkenaan produk komestik yang beracun. Info ni saya perolehi daripada Facebook seorang Pharmacist, Rahman Baco. 


[ UPDATE ] SENARAI PENUH 120 PRODUK KOSMETIK BERACUN

Apa yang pengguna perlu tahu adalah tiada satu pun produk kosmetik yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Apa yang ada adalah produk kosmetik yang dinotifikasikan kepada KKM. Sehingga November 2015 sebanyak 145,000 produk kosmetik dinotifikasi di Malaysia. Apa itu dinotifikasikan?

======
SISTEM NOTIFIKASI KOSMETIK
======

Menurut sistem Notifikasi, pengilang kosmetik ataupun pemegang jenama produk kosmetik tersebut akan menisytiharkan kandungan ataupun bahan-bahan dalam produk kosmetik mereka kepada KKM sebelum diberikan nombor Notifikasi yang bermula dengan huruf NOT12345678K

Nombor NOT akan diberikan secara automatik kepada produk kosmetik setelah kandungan yang diisytiharkan tidak mengandungi bahan-bahan terlarang ataupun beracun.

Tetapi, adakah Syarikat Kosmetik yang mahu mengisytihar produk mereka mengandungi bahan beracun? Adakah Syarikat kosmetik mahu mengisytiharkan produk mereka mengandungi Merkuri? Hydroquinone? Tretinoin?

Tujuan bahan-bahan beracun ini dicampurkan ke dalam produk kosmetik supaya ia memberikan kesan putih atau cerah kepada kulit dalam masa yang singkat walaupun ia sangat bahaya.

Jika syarikat kosmetik mengisytiharkan produk mereka mengandungi bahan seperti merkuri, hydroquionone dan tretinoin. Sudah pasti permohonan notifikasinya ditolak secara automatik.

=====
ADAKAH KOSMETIK BERACUN INI PRODUK TIRUAN? 
=====

Apakah tujuan 'pemalsu' mencampurkan bahan beracun ke dalam produk kosmetik tiruan?

Adakah mereka mahu membuat produk tiruan yang lebih berkesan daripada produk asli? Adakah mereka mahu menghasilkan produk tiruan yang lebih cepat menunjukkan kesan daripada produk asli?

Bahan-bahan pemutih beracun ini juga mahal harganya. Cuba pengguna fikirkan.. Adakah 'pemalsu' mencampurkan bahan-bahan beracun ini dan hasilkan produk tiruan dengan kos yang lebih mahal daripada produk asli?

Atau adakah 'pemalsu' mencampurkan bahan beracun ini semata-mata kerana dengki dan ingin menjatuhkan produk kosmetik jenama tersebut?

=====
KENAPA PRODUK KOSMETIK TIDAK DIUJI SEBELUM DIPASARKAN?
=====

Anda boleh baca jawapannya dalam posting facebook saya sebelum ini yang bertajuk "Bagaimana Produk Kosmetik Beracun Ada di Pasaran Malaysia?" 

Jadi, bilakah produk-produk kosmetik ini diuji untuk pastikan ia selamat untuk digunakan oleh pengguna?

Produk Kosmetik di Malaysia tidak diuji sebelum ia dipasarkan tetapi produk-produk kosmetik ini dipantau oleh pihak BPFK melalui Aktiviti Post-Market Surveilans Produk Kosmetik.

Melalui aktiviti ini, sampel-sampel produk kosmetik diambil daripada pasaran untuk ujian kualiti dan keselamatan di mana fokus diberikan kepada produk-produk berisiko tinggi untuk dicampurkan dengan bahan-bahan terlarang seperti produk pemutih ataupun pencerah kulit.

Apabila sesuatu produk kosmetik didapati mengandungi bahan terlarang atau tidak mematuhi Garispanduan Kawalan Produk Kosmetik, pihak BPFK KKM akan membatalkan Notifikasi produk tersebut dan pihak syarikat diarahkan untuk memanggilbalik (recall) ataupun mengeluarkan produk kosmetik tersebut dari pasaran.

KKM tidak meluluskan sebarang Produk Kosmetik di Malaysia tetapi sebaliknya pihak syarikat bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan produk kosmetik mereka yang berada di pasaran adalah selamat dan berkualiti.

======
SENARAI PENUH PRODUK KOSMETIK BERACUN YG DIBATALKAN NOTIFIKASI OLEH KKM 2008 - 2016
======

Senarai produk-produk kosmetik yang dibatalkan Notifikasi kerana mengandungi bahan beracun ini dikeluarkan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK), KKM dari 2008 - 2016. 

Anda juga boleh merujuk ke laman web BPFK diwww.bpfk.gov.my, kenyataan akhbar produk-produk kosmetik beracun oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Brunei, Kementerian Kesihatan Brunei dan kenyataan akhbar Health Sciences Authority, Singapura kerana ada produk-produk kosmetik beracun yang disiarkan tiada dalam senarai BPFK.

======
SENARAI 120 PRODUK KOSMETIK BERACUN
======

1. Khazanah White Pembersih Wajah
2. Gloskin Krim Malam & Siang
3. Reena's Astringen Lanjutan
4. Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk5. EETYE Whitening Cream 
6. O'Lynn Skin Lightening Cream 
7. Hans Beauty Flawless Day Cream 
8. Hans Beauty Flawless Night Cream 
9. Hans Beauty Treatment Toner 
10. AS Beauty Night Cream 
11. AS Beauty Day Cream 
12. Golden Horse Herbal Milk Lotion
13. Golden Horse Bio C omplex Cream 
14. Dermaceutic Spot Cream 
15. Dermaceutic Spot Peel Cream 
16. Yellow Cream (Krim Ku-Neng) 
17. Dnars Magic Gold Foundation 
18. SF PROTECT & PERFECT DAY CREAM 
19. Sensual Meiji Skin Renewar Cream 
20. Acrena Pure Herbal Papaya Soap 
21. White Complex 
22. SS Pearl Cream 
23. SS Vita C Night Repair 
24. Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment 
25. Natural 99 Night Cream 
26. Natural 99 Day Cream 
27. SF Beauty Night Cream (Facial)

28. SF Beauty Day Cream (Facial)
29. Aveana Night Revival Cream 
30. Blemished Skin Ampoules
31. Golden Horse B&W Cream 
32. Felisa Gentle Peeling Solution
33. Krim Malam Rahsia Rimba 
34. Biocosmeti Whitening Essence Cream
35. H2O Waterwhite Brightening Night Cream
36. Magiexpress Lightening Plus
37. A.Vant Cream
38. Eriesya Spa Beauty Cream 
39. Natasya Krim Herba 
40. Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya 
41. Ratna Sari Whitening Night Cream 
42. ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream 
43. Chantique - Whitening Night Cream 
44. NV Toner Treatment No 1 
45. NV Toner Treatment No 2
46. Zara Rejuvenation Cream
47. Beauty Line Beautitude Multi-purpose Cream
48. Pigmentation Recovery Complex 
49. Natasya Gold Krim Herba 
50. De Putih Night Cream
51. Krim Malam Shana
52. Biotox Whitening Hydro Cream 
53. BML HB LOTION 
54. Yoko Whitening Cream 
55. Sue Beauty Night Treatment Cream
56. Sensual Whitening Cream 
57. Derma-Rx Arbutin-R Cream
58. DS.1 Blemish Control Cream 
59. Ezee Sunblock Cream
60. MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUE 
61. Daily Protecting Cream - Joie et Beaute
62. La Bliss Skin Brightening Cream
63. Sans Dynamic Intensive Light Cream
64. Putih Gebu Sun-Block Collagen Lotion
65. Bio-Clear Intensive Renewal Complex
66. MS Wellmood Enhancing Cream
67. Renewing Cream
68. E Beaute Total Revitalizer Night Cream
69. MS Wellmod Lightening Complex
70. Qu Puteh Whitening Pro 9

======
Senarai Kosmetik Beracun di bawah dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Brunei:
======

1. AZ Cosmetic-Day Cream
2. AZ Cosmetic-Night Cream
3. AZ Cosmetic-Treatment Cream
4. AZ Cosmetic-Sunblock
5. Atika Beauty Cream Jeragat
6. POND'S-age miracle BB anti-ageing Expert BB Cream Light-night cream
7. DOKTER cream
8. Pati IbuPutih by JannaLawaa-Gluta Kojic Super Whitening Serum
9. Pati IbuPutih by JannaLawaa-Day Creamy Face n Body White
10. Pati IbuPutih by JannaLawaa-Night Creamy Face n Body White
11. Gijes Beauty-Night Cream
12. RACIKAN LING ZHI-Night Cream with Vit E
13. LIEN-HUA (BUNGA TERATAI)-Day Cream
14. Professional Skin Care Formula Rejuvenating Cream
15. Professional SKin Care Formula Rejuvenating Toner
16. Wonder Glow Day Cream
17. Wonder Glow Night Cream
18. Ana Marissa Beauty Night Cream HD
19. Lyanaz Beauty Care-Magic Night Cream
20. Atika Beauty Sunblock
21. Dnars Yellow Cream
22. SP Super UV WHitening
23. SP UV Special Ginseng - Whitening & Anti-Acne
24. Collagen Plus Vitamin E - Night Cream
25. AS Beauty Night Cream
26. AS Beauty Day Cream
27. Golden Horse Herbal Milk Lotion
28. Golden Horse Bio Complex Cream
29. Collagen Gold-Day and Night Cream
30. Super Cream Mutiara
31. Natural 99 King Bleaching Whitening Cream
32. New Original Dr-Doktor Pemutih Day Cream
33. New Original Dr-Doktor Pemutih Night Cream
34. Lyanaz Beauty Care Babies Blink 100% Original (White colored cream)
35.Clariderm-Astringent
36. Dara Anggun-Glow Glowing Beauty Skin, Night Glowing
37. Dara Anggun-Glow Glowing Beauty Skin, Night Glow
38. Wonder Glow Super Ultra Glowing Cream Version SPF45++ Day Cream
39. Wonder Glow Super Ultra Glowing Cream Version SPF45++ Night Cream
40. SALOMA ZARA-Ultimate Skin Perfection-PEARL DAY CREAM SPF 30

=====
Senarai Kosmetik Beracun di bawah dikeluarkan oleh Health Sciences Authority (HSA), Singapura:
=====

1. SB Facial Fuel Toner Mezzo
2. SB UV Pro Day Cream Mezzo
3. SB Rejuvenating Night Cream Mezzo
4. Tabita Skincare Smooth Lotion
5. Tabita Skincare Daily Cream
6. Tabita Skincare Nightly Cream
7. Meiyong Super Whitening Extra Whitening & Face Lift Advanced Super Revitalizer (Cream) Whitening Formula and Face Lift
8. Han's Skin.Care Flawless Day Cream
9. Han's Skin.Care Flawless Night Cream
10. Han's Skin.Care Treatment Toner
11. Han's Skin.Care TRIAL Flawless Day Cream
12. Han's Skin.Care TRIAL Flawless Night Cream
13. Han's Skin.Care TRIAL Treatment Toner
14. Melati UV-Whitening Vit.E Cream
15. ESTHER Bleaching Cream (A) and (B)

Kosmetik-kosmetik beracun di atas telah diuji oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Brunei ataupun Singapura dan disahkan mengandungi bahan beracun yang berbahaya seperti Merkuri, Hydroquinone, Tretinoin, Azaleik Asid dan steroid.




Banyak betul rupanya produk2 kosmetik yang berada di pasaran sekarang ni yang beracun. Nak selamat? cubalah produk2 kecantikan daripada Shaklee. In Shaa Allah, produk2 Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Mesra Alam.

Klik di sini untuk produk2 Enfuselle 

Klik di sini untuk produk2 Nutriwhite


Tuesday, 12 April 2016

Atasi Bengkak Tonsil Dengan Shaklee






Eeee....Ngerinya tengok gambar atas ni kan. Macam ni rupanya tonsil bengkak. Tengok gambar sahaja dah ngeri, apatah lagi orang yang mengidapnya. Mesti lagi rasa sakit. Terus terang saya katakan, sebelum ni saya x tau sangat pasal tonsil ni. Ingatkan sakit tekak yang biasa2 je. Tapi sejak kahwin & encik asben kerap kena tonsil bengkak, so saya guna la khidmat pakcik gugel utk dapatkan beberapa info tentang tonsil bengkak ni.


Ni antara info yang saya dapat. Happy reading semua.


Apa itu Tonsil.

Tonsil terbentuk daripada lymph tissue, iaitu sebahagian daripada sistem pertahanan tubuh. Fungsi tonsil ialah merangsang sistem immuniti tubuh badan supaya menghasilkan antibodi apabila badan diserang jangkitan.

Tonsil boleh meradang (inflammation) apabila terkena jangkitan, sama ada dari virus mahupun bakteria. Keadaan keradangan tonsil ni dipanggil sebagai tonsillitis.

Tosillitis boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Tetapi tonsillitis jarang menyerang kanak-kanak berusia kurang daripada dua tahun.

Tonsillitis boleh dibahagikan kepada 3 jenis, bergantung kepada bila dan berapa lama ia berlaku:

Acute Tonsillitis - tonsilitis yang baru berlaku.
Chronic Tonsillitis - tonsillitis yang telah lama berlaku
Recurrent Tonsillitis - tonsillitis yang berulang ulang


Simptom Acute Tonsillitis
  • Sakit tekak
  • Susah menelan
  • Demam
  • Kelenjar di leher mungkin membengkak dan sakit
  • Letih / lesu
  • Simptom halangan pernafasan (eg; berdengkur, atau tiba tiba tersedar tak boleh bernafas masa tidur, sleep apnoea).
  • Bagi kanak kanak, kadangkala simptom utamanya ialah mereka enggan makan, sebab tekak mereka sakit! 

NOTA : acute tonsillitis berlangsung selama 3-5 hari...dan paling maximum boleh menjangkau 2 minggu.


Apa itu Recurrent Tonsillitis?

Seseorang itu dikatakan mengalami Recurrent Tonsillitis apabila dia mengalami acute tonsillitis 7 kali dalam setahun, atau 5 kali setahun dalam tempoh 2 tahun berturut-turut, atau 3 kali setahun dalam tempoh 3 tahun berturut-turut. Adalah amat penting kepada mereka2 yang kerap dijangkiti tonsillitis untuk mengira kekerapan jangkitan kerana pengiraan ini boleh dijadikan justifikasi sama ada kes perlu dirujuk untuk pembedahan membuang tonsil ataupun tidak.


Chronic Tonsillitis

Chronic Tonsillitis terjadi apabila seseorang itu mengalami simptom sakit tekak yang berpanjangan, lebih dari dua minggu, sakit menelan dan mungkin juga bengkak kelenjar di leher yang berterusan.


Kaedah Rawatan Tonsillitis

Acute tonsillitis ini boleh jadi kerana jangkitan virus, atau bakteria. Lazimnya, jika masalah ini berlaku adalah berkaitan masalah tonsil membengkak dan selalunya dipanggil tonsilitis kerana disebabkan jangkitan kuman.

Menurut Pakar Perunding Telinga, Hidung, Tekak dan Surgeri Kepala dan Leher, Kelana Jaya Medical Centre, Dr. Samril Bokari, tonsilitis di kalangan kanak-kanak boleh membahayakan nyawa. Ini kerana, apabila tonsillitis mencapai tahap kritikal, masalah itu boleh mengganggu sistem pernafasan selain membawa jangkitan ke organ dalaman lain seperti jantung dan buah pinggang. Jelasnya lagi, pada dasarnya, tonsil akan membengkak akibat daripada jangkitan virus ataupun bakteria. Sekiranya tonsillitis yang disebabkan oleh jangkitan virus, tonsilitis boleh pulih sendiri kerana pesakit hanya akan mengalami bersin, hidung tersumbat, selesema dan juga batuk. Secara amnya, tonsil membengkak boleh pulih dengan sendiri namun pengambilan antibiotik membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Katanya, sekiranya masalah tonsil membengkak berulang empat atau lima kali setahun, pesakit dinasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang tonsil. Situasi ini perlu sekiranya keadaan menjadi lebih kronik kerana ia menghalang sistem pernafasan selain tonsil tersebut akan bernanah. Bagi yang mengganggu sistem pernafasan, ini dapat dilihat apabila pesakit akan berdengkur sewaktu tidur selain mulutnya berbau.

Apabila ditanya mengenai pandangan ramai yang mengatakan pembuangan organ terbabit akan menjejaskan sistem pertahanan tubuh, katanya, ia sebenarnya adalah satu kepercayaan yang salah. Yang pasti, pembuangan tonsil tidak akan menjejaskan mana-mana bahagian malah pesakit akan lebih sihat selepas pembedahan dilakukan.


Kaedah rawatan Tonsillitis dengan Shaklee

Tonsilitis adalah disebabkan jangkitan kuman. Jika anda ke klinik kerana demam atau sakit tekak, doktor akan melihat ke dalam mulut untuk melihat samada tonsil membengkak. Doktor akan memberikan antibiotik kepada anda untuk masalah ini. Ia bertindak memusnahkan kesemua virus di dalam tubuh termasuk juga kuman yang baik. Jika diamalkan, lama kelamaan kuman jahat di dalam tubuh akan menjadi imun dengan antibiotik biasa maka anda memerlukan antibiotik yang lebih kuat apabila dijangkiti lagi kelak.

Biasa dengar kan? Mencegah, lebih baik dari mengubati. Jika anda inginkan sesuatu yang bersifat semulajadi, selamat dan tiada kesan sampingan, Nutriferon adalah jawapannya.



Nutriferon merupakan hasil kajian immunilogist Jepun, Dr. Yasuhiko Kojima selama 40 tahun ke atas lebih 200 herba yang membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Ianya menggunakan herba semulajadi. Ini bermakna bahawa Nutriferon selamat dan tidak mengundang bahaya atau risiko.


Memandangkan tonsilitis disebabkan jangkitan kuman, maka Nutriferon adalah pilihan terbaik untuk sistem pertahanan badan / imunisasi.





Selain Nutriferon, Garlic Complex turut sesuai dalam rawatan tonsillitis. Garlic Complex yang unik mengekalkan komponen semulajadi bawang putih segar termasuk pembentukan alisin dengan mengabungkan bawang putih, spearmint dan rosemary.

Garlic Complex dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA sewaktu musim panas. Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary and Spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.


Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia

  • Mengurangkan pemendapan artesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti-radang
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma

Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh
  • Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
  • Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida
  • Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
  • Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
  • Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
  • Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
  • Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  • Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengandungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
  • Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki.
  • Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus).
  • Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah.
  • Mampu melawan bakteria dan semua jenis jangkitan pada:
        ~ Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
        ~ Perut memulas (stomach upset)
        ~ Cirit-birit (Diarrhea)
        ~ Bronkitis
        ~ Luka-luka (infected wounds)
        ~ Jangkitan yang berulang-ulang

Terpaksa alami kesan-kesan ni lepas consume ESP



















JANGAN MARAH NA...SEMUA ORANG TAU ESP NI BEST!!

Melangkah lebih yakin dengan BASIC H


Hmm kenapa la Basic H ni xde masa zaman skolah saya dulu. 

Penat woo menyental kasut skolah yang superduper comot. Bukan setakat kasut sendiri, kasut adik2 pun kena cuci sama. Kakak mithali la katakan. Hehe. 

Untung uolls sekarang ni. Dengan adanya Basic H ni, kerja mencuci kasut sekolah menjadi senang. Cuma titis sedikit Basic H ke dalam sebesen air. Rendam kejap then berus lebih kurang. In shaa allah kasut jadi bersih & kembali putih. 

Dengan hanya bermodalkan RM 46 shj pulak tu. Memang berbaloi sangat2.


KLIK disini untuk info lanjut 
http://supplemenuntuksihat.blogspot.my/2016/04/basic-h-kaedah-mencuci-secara-semula.html

Get Clean® WATER PITCHER



Get Clean® Water Pitcher  mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean® Water Pitcher  menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum!

Get Clean® Water Pitcher  merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi pemuliharaan alam sekitar. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis.

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
  • Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat.
  • Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin.
  • Disahkan berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkemuka.
  • Jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula

Pilihan Bijak!
  • Kos hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Air yang lebih sihat dengan rasa yang lebih sedap
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah ditapis (tidak memerlukan kuasa elektrik)
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos

Keunikan Get Clean® Water Pitcher  Shaklee

Selamat
  • Menyingkirkan plumbum dan pelbagai benda asing dalam air
  • Get Clean® Water Pitcher  mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf berkesan dalam mengurangkan plumbum dan benda asing lain oleh Persatuan Kualiti Air (WQA).
Pintar
  • Hanya beberapa sen bagi satu liter air
  • Warga Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya beberapa sen seliter, Get Clean® Water Pitcher  mampu memberikan air yang bersih dengan rasa yang lebih sedap. Ia juga dilengkapi meter pintar yang menunjukkan masa anda patut menukar penapis. 
Berkuasa Tinggi
  • Lebih banyak air bersih pada setiap masa
  • Get Clean® Water Pitcher  menghasilkan 303 liter (80 gelen) air daripada setiap blok penapis - dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama terkenal. Malah, jag ini berupaya mengurangkan bahan cemar dalam air yang boleh memudaratkan kesihatan anda.
Mesra Alam
  • Memelihara kesejahteraan alam sekitar
  • Get Clean® Water Pitcher  menggunakan jag air dengan sistem penapis blok karbon isian semula yang pertama di dunia. Langkah ini dapat membantu mengurangkan timbunan sampah. Malah, setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra alam sekitar.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Ingin mendapatkan produk ini?

Hubungi saya di 013-6169506 (WARDAH)

COD

N.SEMBILAN : Seremban 2, Bandar Sri Sendayan, Labu

SELANGOR : Bandar Baru Salak Tinggi & kawasan sekitarnya

POS seluruh Malaysia